KONSEP

Kad perubatan SmartMedic100 MAA Takaful bukanlah seperti kad perubatan insuran. Caruman yang anda lakukan secara berkala merupakan wang yang didermakan ke dalam tabung kebajikan atau lebih dikenali dengan tabung orang ramai. Oleh itu secara langsung anda akan memperolehi pahala kebajikan insyaALLAH.

Wang yang terkumpul di dalam tabung tersebut akan diberikan kepada ahli apabila ditimpa musibah seperti kemalangan, penyakit dan kematian termasuk juga  diri anda sendiri. Kesimpulannya kad ini memberi kebaikan kepada diri anda  dan ahli ahli yang lain apabila berada dalam kesusahan. Demikian, kerana wang di dalam tabung terkumpul itu sudah tersedia bila-bila masa untuk digunakan.

Apabila anda memahami konsep ini, anda akan nampak bahawa sebenarnya anda telah melakukan kebajikan kepada diri anda, keluarga anda dan orang lain sekaligus memberikan anda ganjaran berganda dunia dan akhirat. Ganjaran pertama kerana anda menderma dengan ikhlas ke dalam tabung dan ganjaran kedua pula kerana anda tidak menyusahkan keluarga anda.

Konsep ini menjadikan kad perubatan ini suatu produk yang halal dimiliki. Sementara kad perubatan yang dikeluarkan oleh insuran konvensional adalah tidak halal dari sudut hukum syarak kerana konsep asasnya ialah jual beli lantas menjadikan unsur riba, judi dan penipuan muncul di dalamnya. Ketiga tiga perkara itu secara terang-terangan diharamkan oleh islam.

Berikut ialah video kenyataan mufti Perak Dato’ Harussani Zakaria berkenaan hukum insuran konvensional :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.