RASIONAL

Tahukah anda bahawa di zaman serba moden ini, banyak penyakit dan kemalangan muncul dalam kehidupan setiap daripada kita. Anda boleh merujuk akhbar-akhbar tempatan dan mata anda kerap kali akan terpandang beberapa tajuk berita yang memaparkan rayuan derma bagi membantu  mangsa penyakit dan kemalangan. Rata-rata bantuan yang dipinta ialah berupa jumlah wang yang banyak untuk menjalankan pembedahan pakar sehingga mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Anda membaca lalu anda berkata : “Aduh kasihannya dia….” kemudian anda akan  melupakan tajuk berita itu, kenapa? Sudah tentu kerana yang malang itu bukan diri anda. Benarlah kata pepatah “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Sekarang cuba anda renung sejenak, jika nasib malang yang menimpa mereka tertimpa juga ke atas diri anda? Sesungguhnya malang tidak berbau…lalu apa yang akan terlintas difikiran anda? sudah tentu hati anda akan terdetik : “Kepada siapalah aku dapat merayu bantuan atau siapakah yang dapat meminjamkan aku wang untuk membayar kos rawatan penyakitku ini?” Bukankah itu satu bebanan yang terpaksa ditanggung oleh anda bersama keluarga anda??

Mengharapkan ahli keluarga…

Anda mungkin terfikir : “Ahli keluargaku kan ada, apa susah?”. Anda perlu sedar bahawa saudara mara anda juga ada tanggungan dan pendapatan mereka pun tidak seberapa. Jika salah seorang saudara anda ditimpa musibah dan dia memerlukan wang segera dalam jumlah yang banyak, berapakah yang dapat anda bantu? anda tepuk dada tanyalah selera…RM500 sudah dikira banyak. Berapa kali boleh anda berikan? Setiap bulan? mustahil….Begitulah juga dengan saudara anda apabila anda yang ditimpa malang. Mereka tidak dapat membantu anda sepertimana anda tidak dapat membantu mereka.

Hospital awam kan ada….

Memang tidak dinafikan bahawa hospital kerajaan banyak membantu orang ramai dalam merawat penyakit dan kecederaan. Namun begitu di sana terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian berkenaan rawatan di hospital awam :

1) Temujanji pembedahan lambat.

Bukan kerana lembab tetapi kerana kekurangan doktor pakar dan bilangan pesakit yang ramai. Anda boleh lihat contoh keratan akhbar berikut sebagai bukti jadual pembedahan lambat :


Jadi bagaimanakah hendak dapatkan rawatan segera yang tidak perlu tunggu sehingga dua tahun?

Jawapannya sudah tentu di hospital swasta. Tetapi masalahnya kos rawatan yang dikenakan adalah tinggi. Buktinya sila lihat beberapa keratan akhbar berikut :


Bagaimana untuk mengatasi masalah kos yang tinggi ini?

Caranya ialah  dengan menjadi ahli Smart Medic 100 kerana kos rawatan  akan ditanggung oleh tabung kebajikan yang di dalamnya terkumpul wang ahli-ahli SM100 seluruh Malaysia. Anda mendaftar sekaligus anda melakukan kebajikan dunia dan akhirat.

Jangan bertangguh lagi untuk menjadi ahli kerana kemalangan dan penyakit boleh menimpa anda bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.